Exchange our link keh ^^

Wednesday, May 2, 2012

Tips : Memujuk Pasangan korang ( untuk WANITA sahaja )



:) hari ni, nak bagi tips kat korang2 semua ( wanita ) macam mana nak memujuk pasangan korang :)
#1. 
Biarkan mereka cool down dulu. Senang cerita, bila they all dah merajuk tuh, korang toksah nak pujuk-pujuk. Biarkan. Dalam 5 hingga 7 jam. Tu waktu paling ideal lah, Biar mereka rasa keseorangan. Biar mereka fikir yang mereka akan rugi waktu berharga bersama dengan kita. Tapi, kalau dah lebih dari tempoh tuh, they all still marah, try to call. Mana lah tau, mereka memang betul-betul marah. Atau, maybe kesalahan kita tuh besar sangat? Try tanya diri korang pulak.

#2.
Berikan something yang membuatkan mereka happy. Kalau mereka suka coklat, bagi lah coklat. Tak salah kalau perempuan yang bagi coklat dekat lelaki. Coklat sememangnya menenangkan. Maybe lepas tuh korang akan berbaik semula.

#3.
Jangan desak mereka. Kalau mereka merajuk sebab touching sangat dengan korang, korang jangan lah desak they all untuk terima apa yang they all tak suka tuh. Jangan lah paksa-paksa diorang untuk tak merajuk. Biarkan mereka merajuk. Kang dah lama-lama oke lah balik tuh.

#4.
Senyum. Korang senyum jek bila diorang merajuk. Kadang-kadang, dengan senyuman pun boleh hilangkan perasaan marah diorang tuh. So, senyum jek depan diorang. Tapi jangan lah sengih melampau macam orang gila plak. Dah tau orang tuh merajuk, kang tak pasal-pasal dapat pelempang free!

#5.
Minta maaf. Cara paling mudah sekali. Lelaki nih kadang-kadang tak perlu untuk dibelikan macam-macam. Hanya sebaris ungkapan maaf dah cukup untuk membuatkan hati mereka cair. Tak kira lah semarah mana pun mereka terhadap korang, namun sampai bila sangat lah mereka nak merajuk. Minta maaf. Dan berusaha untuk tidak mengulangi kesalahan yang korang lakukan itu.( Gadis slalu wat yang nih :) Berhasil la jugak sebab dia sayangkan kita :) )

Bukan mudah untuk menyejukkan hati yang sedang luka, tetapi dengan secebis doa dan ikhtiar, pastinya hubungan itu akan kembali jernih. Sayang, maafkan saya. Saya memang selalu buat salah pada awak. Selalu sakitkan hati awak. Tak pandai jaga hati awak. Tapi percaya lah, hati saya hanya untuk awak. Dan awak jangan lah pernah berharap yang saya akan ada pengganti awak. Walau siapa pun awak, saya terima awak seadanya. Yang penting, awak sayang saya dan sanggup terima kekurangan saya. Thanks awak. Untuk cinta yang awak curahkan. Saya sayang awak!

Sharing Is Caring

No comments:

Post a Comment

Sekiranya anda pandai berkata-kata, Komen lah ^_^

Tutors {Lyssa}

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...