Exchange our link keh ^^

Wednesday, November 14, 2012

Tips!!! Resdung


Holla! :) tips sihat hari ni ^_^ Resdung? OMG :O
Hidung kerap tersumbat dan sakit kepala!  Itulah antara tamda-tanda yang kamu menghidap penyakit resdung.  Boleh dikatakan berjuta-juta orang di dunia dijangkiti penyakit ini.  Secara amnya, resdung merupakan masalah kesihatan yang berlaku dalam rongga sinus.  Apa sebenarnya punca resdung ini berlaku dan bagaimanakah cara-cara untuk mencegahnya?  Jom kita semak.

PUNCANYA

  • Seseorang itu akan mengalami alahan sama ada alahan terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit ataupun kutu.
  • Di saat kamu mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak.  Akibatnya pergerakan udara dalam hidung tidak dapat dikeluarkan sehingga kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak.  Dalam situasi ini, kamu akan berasa amat sakit.
  • Resdung juga boleh terjadi sekiranya struktur hidung tidak normal, mungkin disebabkan oleh tulang hidung yang retak atau patah ketika kemalangan.
  • Ramai yang tidak tahu bahawa kerosakan di bahagian gusi atas boleh menjadi punca resdung.  Kuman atau bakteria yang berasal daripada kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus serta menyebabkan resdung kerana kedudukannya yang dekat dengan rongga sinus.
  • Menurut kajian, tabiat menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan terjadinya penyakit ini.  Jadi, berhati-hati kepada kamu yang 'gilakan air' itu!
  • Resdung mampu menghilangkan mood seseorang.  Lebih parah lagi apabila resdung mampu merebak ke bahagian mata.  Akibatnya, kamu boleh hilang deria penglihatan selain ia juga boleh menjangkiti otak.  Perlu juga di ambiltahu bahawa resdung bukannya penyakit keturunan.
TANDA-TANDA!
  1. Hidung kerap tersumbat.
  2. Lendir yang keluar dari hidung dan tekak.
  3. Rasa sakit yang berpanjangan dan berulang.
  4. Demam
  5. Alahan hidung seperti bersin dan gatal hidung.
CARA MENCEGAHNYA
  • Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab.
  • Jika kamu mengemas rumah, pakailah penutup hidung.  Ini kerana habuk mudah merebak ketika kamu sedang mengemas rumah.
  • Sentiasalah mencuci dan menjaga kebersihan muka kamu.
  • Jangan menggunakan sarung bantal, cadar atau selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
  • Jika kamu mengalami alahan terhadap makanan tertentu, elakkan daripada mengambil makanan tersebut.
  • Rajin-rajinlah membersihkan rumah terutamanya permaidani.  Jika kamu tidak suka menggunakan penyapu, gunalah penyedut hampagas.
  • Minum air suam dengan kadar yang banyak.  Seelok-eloknya, amalkan minum sup panas.
P/S : Kepada yang ada Resdung, boleh amal kan ini :) 

Sharing Is Caring

No comments:

Post a Comment

Sekiranya anda pandai berkata-kata, Komen lah ^_^

Tutors {Lyssa}

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...