Exchange our link keh ^^

Tuesday, October 23, 2012

10 info Kecantikan


Hai2 semua ^_^ hari ni, Gadis ada info kecantikan untuk ladies2 sekalian ^_^ Here we go!

 Info 1Cantik Cara Mudah
Untuk cantik dengan cara mudah, kenakan maskara dan oleskan pelembab bibir.  Nah, anda sudah          kelihatan menarik!

 Info 2. Cara Jaga Cat Kuku
Simpan cat kuku dengan baik, elakkan di tempat panas kerana ia merubah warnanya.  Seelok-eloknya simpan cat kuku anda di dalam peti sejuk.  Jangan gunakan losyen berpewangi sekiranya anda menggunakan cat kuku kerana ia akan merosakkan riasan anda.

Info 3. Mandian Bunga
Bagi anda yang akan melangsungkan perkahwinan, berkunjunglah ke spa dalam tempoh 2 bulan sebelum majlis anda.  Amalkan mandian bunga baik untuk menaikkan seri pengantin.

Info 4. Bedak Debu Untukmu
Jika anda mempunyai kulit berminyak, maka bedak debu adalah pilihan paling tepat buat anda.  Tidak perlu menggunakan berlebihan, hanya pedapkan sedikit sahaja.  Serikan dengan layangan pemerah pipi. Siap!

Info 5. Wah, CANTIKNYA!
Untuk tampil menarik dalam gambar, oleskan gincu yang terang.  Ia dapat menyerlahkan penampilan anda di dalam gambar.  Gincu jenis matte adalah lebih cantik berbanding pengilat bibir jika di dalam gambar.

Info 6. Kesegaran
Untuk kesegaran berpanjangan, Mandilah 3 kali sehari.

Info 7. Jangan Membazir
Sebelum membeli alat mekap, pastikan anda meneliti barang yang perlu dibeli.  Jangan terlalu tamak untuk membeli pelbagai jenis alat mekap sehingga tidak terpakai.  Melainkan anda make-up addict, usahlah membazir ya!

Info 8. Potonglah 
Untuk memudahkan anda memotong kuku, rendamkan tangan dan kaki anda terlebih dahulu.  Selesai melakukannya, pakailah losen.  Ia dapat mengekalkan kelembapan tangan dan kaki anda.  2 Minggu sekali adalah tempoh terbaik untuk memotong kuku.

Info 9. Jangan Terus Sikat!
Jngan terus menyisir rambut yang sedang basah bagi mengelak kekusutan.  Keringkan ia terlebih dahulu dan leraikan dengan jari. Kemudian, baharulah anda boleh menggunakan sikat.

Info 10. Berus Solekan?
Berus solekan ada pelbagai jenis.  Ia mempunyai impak solekan berbeza mengikut kegunaannya.  Berus dengan mata berbulu lembut dan besar untuk sapuan pemerah pipi.  Berus jenis sintetik lebih sesuai untuk pembayang mata.  Jaga berus dan bersihkan berus-berus anda dua kali seminggu menggunakan air dan sabun.

P/S : Lepas ni korang boleh la cuba2 ye info yang gadis dah kopipes dari Majalah. hihi.. Gadis pun blajar jugak :P papai..

Sharing Is Caring

2 comments:

  1. nama sama mcm adik saya azim cerita kedai kopitips tok lelaki cantik takde ker

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. Azim tu boypren Gadis :P hihi.. ada kot, nanti gadis cuba carik keh :D

      Delete

Sekiranya anda pandai berkata-kata, Komen lah ^_^

Tutors {Lyssa}

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...