Exchange our link keh ^^

Tuesday, October 23, 2012

Pelajari Tips Solekan Sempurna


Setiap wanita mempunyai keinginan untuk tampil cantik.  Biarpun selalu disebut bahawa cantik adalah sesuatu yang subjektif, hakikat bahawa solekan membantu seseorang tampil anggun tidak boleh diketepikan.  Kuasa solekan dikatakan mampu membuat wajah kusam dan lesu bertukar menjadi jelita, sekaligus meningkatkan keyakinan diri.

Solekan sering tidak menjadi?  Tidak mulus seperti model-model dan bintang terkenal?  Mungkin anda kurang arif mengenai tip-tip  berkesan dan asas dalam solekan.  Anda perlu mengikuti langkah-langkah yang betul untuk memastikan tiada cela yang kelihatan atau lebih teruk jika anda kelihatan seperti badut selepas mengenakan solekan.
Perhatikan tip-tip berikut.  Chaiyok!!!

1.Aplikasi Bedak Secara Sempurna
Agar kulit wajah kelihatan mulus, gunakan pelembap berasaskan air sebelum menggunakan bedak asas. Tentukan ketebalan bedak yang anda inginkan.  Untuk solekan ke parti, ia biasanya sedikit tebal.  Gunakan span yang diaplikasikan dengan cara ditepuk-tepuk lembut pada wajah dan diakhiri dengan loose powder.

2. Lindungi Noda Pada Wajah
Concealer berfungsi untuk menutup bekas jerawat atau noda pada wajah.  Warna concealer harus sama dengan warna bedak agar wajah tidak kelihatan bertompok-tompok.  Concealer cair merupakan jenis yang paling mudah digunakan dan dapat menutup cela secara rata.  Jika anda menggunakan concealer berbentuk stik, caranya adalah dengan mengoleskannya terlebih dahulu pada jari manis dan calitkan pada wajah.  Ia akan menutup dengan lebih halus daripada terus mengoleskannya pada wajah.

3. Alis Rapi & Natural
Sebelum dirias, rapikan bentuk alis agar tidak berserabut.  Untuk mendapatkan bentuk alis sempurna gunakan pensil kening untuk membentuk.  Gunakan pensil yang hujungnya runcing dan lembut.  Jangan ditekan agar hasilnya tidak terlalu tebal. Sikat kening dan jika mahu anda boleh semburkan sedikit hair spray pada sikat kening, kemudian sikat kembali.

4. Bulu Mata Lentik
Jika malas menggunakan bulu mata palsu, anda boleh gunakan penyepit bulu mata.  Sapukan maskara pada bulu mata mulai dari pangkal sampai hujung bulu mata.  Elakkan maskara bergumpal supaya ia tidak kelihatan comot pada bulu mata.

5. Eyeliner Tahan Lama
Eyeliner biasanya digunakan untuk menyerlahkan bentuk mata dan membuat pandangan mata kelihatan tajam.  Eyeliner yang 'cair' kerana kepanasan atau sudah terlalu lama akan merosakkan penampilan.  Untuk menjadikan eyeliner bertahan lebih lama, gunakan pelembap mata terlebih dahulu kemudian gunakan concealer.  Seterusnya gunakan eyeliner berbentuk pensil dan dilapis dengan eyeliner cair untuk mendapat warna yang lebih menyerlah.

6. Hilangkan Mata 'Letih'
Kurang tidur adalah penyebab bahagian bawah mata terlihat gelap.  Untuk melindungi cela  tersebut, gunakan Eyeliner warna putih di bahagian dalam garis mata bawah.  Jangan gunakan secara berlebihan pada pangkal dan hujung mata agar penampilan tidak kelihatan berlebihan.

7. Mata Sepet Lebih Besar
Untuk mendapatkan kesan mata lebih besar, gunakan scotch tape untuk kesan lipatan pada mata dan aplikasikan warna-warna gelap pada mata.  Gunakan eye-shadow  warna hitam, kelabu, coklat atau ungu gelap kerana ia merupakan pilihan yang tepat.  Sebagai pelengkap, gunakan bulu mata palsu yang tipis.

8.  Hidung Kelihatan Mancung
Membuat bayangan atau shading pada hidung akan menciptakan kesan yang lebih mancung.  Shading yang sempurna boleh diperolehi dengan mengoleskannya scara tipis.  Sebelum itu, tentukan kesan mancung yang inign dihasilkan.  Jika shading semakin panjang ke pangkal hidung, maka kesan mancung lebih jelas. Sebelum membuat shading, gunakan moisturizer terlebih dahulu dan akhiri dengan bedak di atas garis shading agar kelihatan sempurna pada wajah.

9. Blusher Tahan Lama
Blusher atau pemerah pipi akan membuat wajah terlihat lebih segar.  Jika inginkan wajah kelihatan segar sampai malam, sapukan pelembab pada seluruh wajah terlebih dahulu.  Kemudian, gunakan pemerah pipi berbentuk krim dan diikuti dengan bedak padat atu bedak tabur.  Akhir sekali gunakan pemerah pipi pilihan anda.  Mudah bukan? ^_^

10. Bibir Pecah-Pecah
Untuk masalah bibir kering dan pecah-pecah mudah sahaja penyelesaiannya.  Gunakan lip balm terlebih dahulu sebelum mengoleskan lipstik.

11. Bibir Berwarna Gelap
Jika bibir anda kelihatan gelap, atasinya dengan menggunakan lipstik warna gelap terlebih dahulu.  Kemudian oleskan dengan bedak asas baru diikuti lipstik dengan warna yang diinginkan.  Tambahkan lipgloss untuk bibir yang lebih seksi.

12. Lipstik Tahan Lama
Untuk memastikan lipstik kekal lebih lama pada bibir anda, gunakan lip liner dengan warna yang sama dengan lipstik kemudian sapukan lipstik seperti biasa.  Rapatkan bibir pada tisu.  Jangan lupa sapukan bibir dengan bedak tabur dan oleskan lipstik kembali.  Lipstik anda pasti akan kekal lebih lama!

P/S : okey.. camne dengan tips ni? okey ke? ^_^ huhu.. Selamat Mencuba ^_^

Sharing Is Caring

2 comments:

Sekiranya anda pandai berkata-kata, Komen lah ^_^

Tutors {Lyssa}

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...