Exchange our link keh ^^

Tuesday, October 30, 2012

Tips Elak Rambut Rosak


Holla :D
Ada yang tidak berani untuk bersyampu setiap hari kerana risau rambut gugur.  Ia tiada kaitan langsung!  Sebaiknya bersyampulah setiap hari kerana dengan cara ini, anda dapat membersihkan kekotoran yang melekat pada rambut anda.  Walaupun berhijab sekalipun, cucilah rambut anda.  Rambut yang terperap di dalam tudung selama berjam-jam lamanya akan menyebabkan kulit kepala tidak dapat berehat dan kemungkinan akan berkelemumur kerana peluh.

Bersyampu setiap hari tidak menjadi masalah asalkan anda mencuci rambut anda dengan cara yang betul.  Mungkin selama ini anda tidak pernah peduli, tetapi apa kata kita belajar bersyampu bersama-sama?

  1. Paling penting untuk anda mencari syampu yang sesuai dengan jenis rambut anda.
  2. Ketika mahu bersyampu, pastika anda sudah membasahkan kepala anda dan keseluruhan rambut.
  3. Letakkan syampu di telapak tangan dan dibuihkan.
  4. Dengan menggunakan hujung jari, usap kulit kepala anda.  Lurutkan syampu sehingga ke hujung rambut.
  5. Bilas rambut dengan air bersih.
  6. Keringkan dengan tuala.  Seelok-eloknya, bungkus kepala untuk tempoh 15 minit.
  7. Jika anda mengeringkan rambut dengan pengering rambut (hairdryer), pastikan suhunya sederhana panas.
PANDUAN BUAT ANDA!
  • Sisir rambut perlahan-lahan menggunakan sikat bergigi jarang bagi mengelakkan rambut putus.
  • Pilihlah sikat kayu kerana sikat plastik akan menyebabkan rambut putus terkena cas-cas negatif yang ada padanya.
  • Oleskan pelembap setiap kali mencuci rambut.  Pastikan ia diletakkan pada hujung rambut sahaja.
  • Andainya anda berambut panjang, pastikan anda menghuraikan rambut sebelum tidur.  Jangan tidur dengan rambut yang diikat kearana ia akan menyebabkan rambut putus.
P/S : Okey, sampai sini saja la kita punya tips ;) papai ^_^

Sharing Is Caring

No comments:

Post a Comment

Sekiranya anda pandai berkata-kata, Komen lah ^_^

Tutors {Lyssa}

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...