Exchange our link keh ^^

Tuesday, October 30, 2012

Sekilas... Sihat


Holla ^_^

Senyuman yang indah
Untuk mendapatkan senyuman indah, jangan lupa flossing.  Ini kerana sisa-sisa makanan yang terlekat di celah gigi yang akan membuatkan bakteria membiak menyebabkan gigi berlubang.  Kebanyakan 80% orang dewasa akan mengalami penyakit gusi yang memicu kepada gigi yang mudah tercabut.

Memasak, panjang umur?
Menurut penelitian dalam jurnal Public Health Nutrition, seseorang yang berusia lanjut dan memasak lima kali dalam seminggu mempunyai kemungkinan 47% lebih besar untuk hidup lebih panjang.(betul ke ^^o)

Jangan tonton television
Penelitian dari University of Queensland mendapati setiap jam yang anda habiskan di hadapan tv akan mengurangkan usia anda selama 22 minit.  Jadi jika anda menghabiskan enam jam per hari untuk menonton, maka anda mempunyai kecenderungan untuk meninggal dunia lima tahun lebih awal berbanding yang sentiasa bersenam. ( boleh caya ke ni? kalau dah ajal tiba, meninggal jugak :P haha)

Jauhi dari penyakit
Menurut kajian yang dilakukan dari University Wilkes, jika anda melakukan hubungan kelamin bersama suami satu hingga dua kali seminggu, tahap antibodi atau immunoglobulin A (IgA) akan naik sebanyak 30%.  IgA adalah antibodi yang boleh melindungi anda daripada selsema atau jangkitan lain.

Bersahabatlah lebih ramai
Sebuah penelitian yang dilakukan di Adelaide, Australia, mendapati persahabatan yang bertahan lama bukan sahaja memberi kebahagiaan tetapi juga mengelakkan daripada risiko obesiti, tekanan dan sakit jantung.

Elak mengambil ubat sebelum....
Jangan sesekali mengambil suplemen kalsium dalam keadaan perut kosong.  Ini kerana sistem pencernaan kita memerlukan asid hidroklorik dan makanan yang kita ambil akan memproses asid tersebut.  Jadi, makanlah sebelum mengambil suplemen untuk proses penyerapan optimum.

Bahaya daging segera (sejuk beku)
Sedikit info bagi anda penggemar daging terutamanya daging sejuk beku seperti nuget atau sosej.  Penelitian dalam British Journal of Cancer mendapati pengambilan 50gm daging sejukbeku setiap hari akan meninggatkan risiko terkena Cancer pankreas sebanyak 19% berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya.

Tajamkan fikiran hingga tua
Sebuah penelitian mendapati 1836 orang lanjut usia yang merupakan campuran etnik Jepun dan Amerika yang suka mengambil jus buah dan sayur akan mengalami penurunan risiko Alzheimer.  Bahkan tujuh hingga sembilan tahun selepas penelitian ini mereka juga tidak menunjukkan penurunan daya ingat.

P/s: terlalu banyak penelitian :P haha.. apa2 pun, cuba kalau nak ^_^ Sharing is Caring ^_^

Sharing Is Caring

No comments:

Post a Comment

Sekiranya anda pandai berkata-kata, Komen lah ^_^

Tutors {Lyssa}

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...