Exchange our link keh ^^

Friday, October 19, 2012

Tips untuk Mengorat


Ni tips pompuan nak ngorat lelaki okeyh. :P Zaman sekarang dah moden. Perigi cari timba. Eh, pompuan tu perigi ke? Pompuan tu pompuan lah kan? =.=

1) Kenal pasti orang yang korang ngorat tu macamana. Kalau dia suka makan, korang kena lah belanja dia makan. Tapi nampak macam tak macho je pompuan belanja laki makan. So, korang boleh lah masak untuk laki tu. Nampak tak macam dah ada ciri ciri bakal isteri yang di cari cari. Lepas dapat ngorat, boleh kawen terus. Cewah! :P

2) Tak kisah lah apa yang korang masak, janji sedap. Kalau setakat telur goreng, nasi putih dan kicap pun dah cukup. Janji nampak usaha korang untuk kasik bakal boipren korang tu makan.



3) Ajak lah laki tu keluar. Kalau korang segan, kasik lah alasan yang bombastik. Tak mau lah setakat nak ajak window shopping pulak. Macam alasan tu tak kukuh."Awak..awak boleh teman saya keluar tak? Saya nak beli hadiah birthday untuk ayah saya la.. Saya tak tahu taste laki macamana. Kalau awak ada, senang lah saya.. Tapi kalau awak tak boleh teman, tak pe lahh..." Ayat terakhir itu harus ok. Baru lah laki tuh rasa serba salah kalau tak temankan korang. Saiko sikit dia tuh. HAHA.

4) Bila dah keluar tu, jangan lah busuk busuk. Mesti pakai perfume. Tapi jangan lah over sangat. Takut laki tuh pengsan pulak. Tapi kalau pengsan bagus jugak. Boleh buat CPR. HAHA. Next tips please!

) Korang pakai lah pakaian yang sedap mata memandang. Jangan lah pakai baju yang terlalu sexy. Sexy sikit sikit tak pe lah. HAHA. Eh tak tak.. Kena tutup aurat yer Muhammad Adif (feeling macam Khatijah Tan dalam cerita Dunia Baru). Tapi kalau lelaki tu stok gatal dan suka tengok pompuan sexy, boleh blah sama laki tu sebab nanti dia bukan sayang sebab sayang tapi sebab nafsu. HUH, nampak tak I tengah EMO di situ! Haha.

6) Kalau time tu dah nak sampai birthday orang yang korang nak ngorat tu, korang buat lah surprise party. Kalau nak romantik, buat lah dekat tepi tasik. Kalau segan, ajak lah beberapa kawan rapat. Memula macam biasa, masak lah untuk dia. Tapi time birthday tak kan nak makan telur goreng lagi kot. =.= Masak lah sedap sikit. Telur goreng masak sambal ker.. Variasi kan telur goreng itu. Kicap jangan lupa letak. Biar sedap sikit. HAHA


7) Hadiah jangan lupa. Kalau sebelum ni, dia cakap, dia suka sangat tengok jersi Manchester United. Tapi nak beli mahal sangat. Lagipun dia masih study. Kalau yang dah kerja pulak, gaji cukup cukup makan jer, nak bagi mak duit kat kampung lagi, awww so sweet.. Ni lah lelaki yang kita carik. Kuikuikui. So, korang kumpul lah duit sikit sikit. Alaa..bukannya selalu. Birthday setahun sekali je kot. So belikan dan beri pada dia. Mesti dia suke ^^ Birthday card jangan lupa. Kalau boleh, buat sendiri. Lagi kreatif dan jimat. Padahal bajet dah lari dekat jersi.. wuuu~ T__T


8) Bila time korang dating, tengah makan ke.. Kalau ada tisu, ambil tisu tu dan tulis, "Saya suka tengok awak makan... Comel sangat..." Lepas tuh bagi tisu tu dekat laki tu. Confirm laki tu akan tersipu sipu malu. Eceh! :P Dan lepas tu confirm laki tu akan simpan tisu tu siap frame lagi dekat rumah. Hihihi. Untuk merealisasikan tips yang ni, kena lah sentiasa stand by pen dalam handbag. Kalau tak, mana nak datang pen dekat kedai makan tuh =.=



Sharing Is Caring

No comments:

Post a Comment

Sekiranya anda pandai berkata-kata, Komen lah ^_^

Tutors {Lyssa}

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...