Exchange our link keh ^^

Thursday, November 1, 2012

Sekilas....Diet.


Holla! Entry ni mengenai DIET.. huhu.. jum!

Bayangkan Makanan Kegemaran
Menurut ilmuwan dari Carnegie Mellon Univercity, Pittsburgh, AS, jika anda ingin menurunkan berat badan, bayangkan anda menikmati makanan kegemaran anda dengan banyak.  Tanpa anda sedari cara ini akan membuatkan keinginan untuk makan hilang secara perlahan-lahan.

Lupakan Yang Lama...
Menurut Dr. Walter Willett, Piramid makanan yang lama, lebih kepada industri makanan.  Tetapi Dr. Mitra Ray mengusulkan piramid makanan paling atas adalah bijirin, whole grains dan pengambilan roti dua kali sehari.

Kunyah Atau Minum?
Kajian dari Amerika Syarikat mendapati seseorang yang mengunyah gula-gula lebih sedikit kalori berbanding dengan seseorang yang mengambil minuman ringan.

Kikis Lemak Dengan Kalsium.
Menurut ahli diet dari Weight Loss Resources, Juliette Kellow mengatakan kalsium yang ada dalam susu dapat membantu memecahkan lemak dalam badan.  Malah, bagi mereka yang suka minum susu, akan mempunyai indeks massa tubuh yang rendah berbanding mereka yang tidak minum susu.

Bye-bye Kolestrol
Menurut Dr. Peter Wang, peneliti Univercity of Alberta, Canada mengatakan dengan minum air bawang emrah sebanyak satu sudu teh pada waktu pagi, ia dapat membantu 'mengusir' kolestrol dalam badan.

Air Bakar Kalori
Sebuah penelitian dari Jerman membuktikan, pengambilan air sebanyak 0.2 liter dalam sehari dapat membakar kalori sehingga 35000 dalam setahun.  Ini bererti, badan anda akan mengalami pengurangan sebanyak 5kg dalam setahun.

Diet Anggur.
Jika anda sedang mengikuti program penurunan berat badan, buah anggur boleh menjadi satu pilihan yang patut dipertimbangkan.  Ini kerana, penelitian terbaru membuktikan pengambilan anggur atau minum segelas jus anggur setia hari selama 12minggu dapat menurunkan berat badan sehinggga 1.5kg.

Coklat OH! Coklat
Para peneliti berpendapat, polifenol dan antioksidan yang ada dalam coklat akan membuatkan kalori tidak menjadi lemak.  Selain itu, ia juga membantu melancarkan pengaliran darah dan mengelakkan berat badan daripada meningkat.. ( Kalau betullah, terpaksa aku Banned coklat :') waaa.. fav. aku :''( )

P/S : Diet, jangan tak Diet :D

Sharing Is Caring

No comments:

Post a Comment

Sekiranya anda pandai berkata-kata, Komen lah ^_^

Tutors {Lyssa}

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...