Exchange our link keh ^^

Tuesday, October 30, 2012

Jom sama-sama kita jadi sihat!


Selamat tengahhari semua ^_^ Jum, tengok info ni ^_^

ELAKKAN Ais Selepas Makan
Sememangnya sedap minum air berais selepas makan.  Tahukan anda, ais akan membekukan makanan berminyak yang baru anda makan?  Ia akan memperlahankan penghadaman.  Apabila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan anda menjadi semakin gemuk dan berisiko mendapat pelbagai penyakit.  Jalan terbaik adalah minum sup panas, air panas atau air suam selepas makan.

GOUT Serang Sendi Ibu Jari Kaki.
Gout terjadi disebabkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah.  Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk "kristal asid urik" pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi mengalami sakit, sukar digerakkan, pembengkakkan dan inflamasi.  Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki.

KANSER SERVIKS Kedua Terbesar
Kanser serviks atau kanser pangkal rahim adalah kanser utama berlaku di kalangan wanita.  Hampir setengah juta wanita menghidapi penyakit ini di seluruh duia dan menyebabkan lebih suku juta kematian.  Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Daftar kanser kebangsaan 2003, ia merupakan kanser kedua kerap selepas kanser payudara dan menyumbangkan kira-kira 12% daripada keseluruhan jenis kanser dikalangan wanita.

VITAMIN KUATKAN SISTEM IMUN
Beberapa kajianmenunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40%.  Malah ia juga dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut.  Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imun dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai sistem imun yang lebih kuat.  Sekiranya sistem imun lemah, anda akan terdedah kepada serangan pelbagai penyakit dari dalam dan luar badan kita.

Minum Air Secukupnya
Minumlah air pada masa yang tepat.  Ini kerana minum air pada masa tertentu akan memberi kesan yang maksimum ke atas tubuh badan.  Contohnya, minum air sebelum tidur akan membantu mencegah kekejangan kaki di waktu malam dan anda akan rasa segar apabila bangun dari tidur.  Kekejangan berlaku disebabkan otot kaki mengalami penghidratan dan menyempit semasa tidur.

Gangguan Hyperhidrosis
Penyakit berpeluh berlebihan yang dikenali sebagai hyperhidrosis berlaku kepada hampir 1% daripada populasi terutamanya wanita.  Perpeluhan yang tidak normal ini biasanya mengganggu kehidupan pesakit dan ia boleh berlaku di tangan, ketiak, kaki atau muka.  Ada pesakit yang sentiasa mengelakkan diri daripada di khalayak ramai kerana tangan yang basah ketika bersalam.  Ada pesakit yang mengadu peluh menitik-nitik tanpa sebab dan kaki yang basah di dalam kasut disebabkan perpeluhan pada kaki.  Penyebab penyakit hyperhydrosis ini masih belum diketahui.  Ia dipercayai disebabkan oleh rangsangan saraf simpatetik yang berlebihan pada kelenjar peluh yang terlibat.

Tanda serangan jantung
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada sebelah kiri.  Berhati-hati juga pada permulaan sakit yang sedikit pada bahagian atas dada anda.  Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.  Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa.  Malah 60% penghidap sakit jantung tidak bangun selepas tidur.  Sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan tanda-tanda ini.

Daging merah tanpa lemak.
Beberapa kajian menunjukkan kaitan antara pengambilan daging merah dengan peningkatan risiko kepada penyakit jantung disebabkan oleh kandungan lemak tepu dalam daging.  Tetapi tahukan anda bahawa ayam dan ikan mengandungi lemak tepu?  Selain daripada lemak, daging merah juga mengandungi protein, zat besi dan zink yang penting untuk kesihatan badan.  Jadi pilihlah daging merah tanpa lemak jika anda mahukannya.

Sharing Is Caring

No comments:

Post a Comment

Sekiranya anda pandai berkata-kata, Komen lah ^_^

Tutors {Lyssa}

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...