Exchange our link keh ^^

Thursday, November 1, 2012

Kudapan yang sihat


Holla! T_T rajinnya aku post entry hari ni ;")...

Kebanyakan anda menganggap kudapan sebagai musuh dalam berdiet.  Tetapi, hakikatnya bukanlah begitu.  Jangan biarkan perut anda kelaparan sehingga sanggup menjauhkan kudapan sihat dalam mendapatkan badan yang langsing. Anda boleh mengubah kebiasaan kudapan ini degan cara berikut :
a) Buat Snek Sendiri
  • Banyak Makanan yang dibuat untuk menarik perhatian dan selera anda sehinggakan ia memasukkan bahan-bahan tambahan seperti pewarna,pemanis dan pengawet.
  • Jadi, jangan tertipu degan promosi dan label "Semulajadi" atau "Rendah Lemak" pada produk tersebut.
  •  Adalah lebih baik anda membuat sendiri snek kudapan anda.  Jika tidak sempat memasak, cukuplah dengan menyiapkan sayuran segar dan potongan buah.

 b) Elakkan Menonton Televisyen Sambil Mengunyah
  • Makanan yang masuk ke mulut adalah salah satu cara untuk mengawal jumlah kalori.  Namun, menonton filem atau televisyen akan melekakan anda. 
  •  Menurut Roberta Larson Duyff, dalam bukunya American Dietetic Association's Complete Food And Nutrition Guide mengatakan sebahagian besar snek dan makanan tidak sihat diiklankan dalam televisyen pada waktu primetime.  Inilah membuatkan anda semakin ingin mengunyah dan sukar untuk tidak mengunyah ketika menonton.
 
c) Lapar? Makan saja....
  •  Perut yang kosong terlalu lama boleh menimbulkan keinginan makan degan lebih banyak dan berlebihan.  Sebenarnya, kudapan amat penting ketika berdiet.  Jangan hadkan waktu makan sebanyak tiga kali sehari dan tambahkan kudapan di antara waktu makan sebagai cara untuk mengawal nafsu makan.

d) Sediakan Pelbagai Jenis Snek Sihat
  • Jangan kosongkan dapur dan peti sejuk anda dari snek.  Pastikan sentiasa ada buah atau sayuran segar.  Jika anda sering lapar ketika baerada di luar rumah, bawalah snek sihat.  Jangan malu untuk menyimpan badam, kismis atau biskut dimeja kerja atau kereta anda.
  • Dengan menyiapkan snek ini, ia akan membuatkan anda terhindar dari godaan membeli atau mengambil makanan tidak sihat yang sangat mudah anda perolehi di kedai-kedai.

 e) Kudapan Tanpa Tujuan

  • Mengunyah tanpa lapar memang susah untuk dikendalikan.  Jadi, pilihlah tujuan kudapan itu diambil.
  • Contohnya, anda sering mengantuk pada waktu pagi, carilah snek dengan karbohidrat (roti) dan protein (telur atau susu).  Apabila anda diluar pejabat, makanlah buah epal atau potongan keju agar stamina tetap terjaga. 

Sharing Is Caring

2 comments:

  1. wah ni tips mn ko blaja ni ke tips sendiri hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. abg abdul..haha..inila namanya tips kopipes dari majalah..hahhahahaha..

      Delete

Sekiranya anda pandai berkata-kata, Komen lah ^_^

Tutors {Lyssa}

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...